Saturday, June 14, 2014

Khutbah Jumaat : 13/6/2014 AMALAN KEPADA SI MATI

Khutbah jumaat hari ini. Tentang amalan yang boleh di berikan kepada si mati. Iaitu saudara atau ibu bapa kita yang telah meninggal dunia.

Orang yang telah meninggal dunia. Menunggu nunggu bekalan dan bantuan dari pada kita..
Sebagai amal jariah kita. Antaranya.. Seperti yang kami selalu nyatakan di  sini..

1) zikrullah.. Lailahaillallah.
2) bacaan alquran. Walaupun satu muka surat.
3) sholawat. Walaupun 10x selepas solat
4) sedekah kepada 1ahli keluarga. Orang miskin. Anak yatim. Fisabillillah. Dan orang yang bermusafir kekurangan bekalan.. Kalau ada di masjid kita orang tabligh.. Mereka itu bermuafir. Jika tidak mampu berikan uang. Berikan makanan. Insyallah berkat..

Wallahualam. Selamat beramal..
Bacaan sholawat 1000x yuk persiapkan.. Aamin

Akhlak MULIA menjadi TERATAS

Bismillahhirrahmanirrahim.. Assalamualaikum pembuka bicara.

Segala puji bagi tuhan sekelian alam, tuhan bagi umat manusia, Allah SWT yang mengakui Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah, Nabi dan Rasul penyampai wahyu terakhir, setelah Nabi Musa AS, Nabi Isa AS.. Mengakui bahawa kitab-kitab terdahulu Zabur, taurat, Injil dan alquran..

Sesungguhnya beruntung orang yang memilih ISLAM sebagai agama aturan dan ikutan, kerana merangkumi kehidupan dunia dan akhirat. Setiap yang bernyawa pasti mati, dan yang mati pasti bertemu tuhan mereka. Samada bertemu secara paksa atau rela, tetap akan berjumpa., Allahurabbi..

Buah pada ILMU adalah AMAL, BUAH PADA AMAL adalah AKHLAK mulia.

Penerangan sikit, kalau kita ada ilmu apa sahaja, contohnya, ilmu perniagaan, kita pandai memarketingkan barang, membuatkan barang terjual, tetapi kita hanya ada ilmu, kita pong pang pong pang, cerita ilmu kita, tapi kita tak pernah AMALKAN apa kita cakap, maka kita tidak akan mampu menjual walaupun 1 kilogram ayam, kalau kita tak amalkan ilmu yang kita ada. itu maksudnya ilmu tanpa amal.

Namun, bila sudah beramal, kita akan mendapatkan keuntungan, namun ilmu kemudian beramal kemudian tidak berakhlak mulia., maka AYAM yang kita mampu jual 1kg itu, tidak akan bernilai, jika kita jual dalam keadaan marah, benci, bengis, pembeli akan dapat rasakan ketidakbaikan hati kita. maka itu jadinya. ILMU-AMAL- tiada AKHLAK MULIA, maka ia jadi sia-sia.

Namun, jika ILMU, AMAL, DAN berakhlak mulia. INSYALLAH, hari ini orang beli ayam 1kg, BESOK LUSA orang akan beli lagi dan menjadi pembeli tetap,. asbab AKHLAK MULIA..

Sama kes dalam beragama, jika ada orang berjubah, berserban tetapi masih maki hamun, cerca, maki, perli orang lain, rasa diri hebat, maka dia belum ada buah akhlak mulia. maka sia-sia apa yang dia ada pada ilmu dan amalnya..

Akhlak mulia baginda saw MELETAKKAN DITANGGA teratas.. sebab itu ISLAM BERTAPAK seluruh dunia, bermula dengan NABI MUHAMMAD SAW seorang, berkembang dan terus berkembang..

Wallahualam..

Ps: permulaan yang agak keras dan tegang, lagipun taip time matahari terpacak atas kepala, kalau time malam taip, mungkin nadanya akan jadi lembut dan lebih sayu..

take k, sayonara..... 1000x sholawat, sebagai pegangan.. :)

sinisme

trying close