Sembah salam buat Nabi junjungan Besar Muhammad SAW.
Semoga tulisan ini membawa kebaikan didunia dan diakhirat.
Permulaan setiap tulisan kenalah dengan bismillah supaya mendapat ilham dan berkat Allah SWT. Hari ini aku lebih suka nak taip pasal sedekah dibulan ramadan, amalan ini bertahun dah amalkan, lagi bulan puasa nak kejarkan 700x lipat. Banyak tu.. kalaulah mampu sedekah RM 10.00 secara matematik, kalau ganda 10 ganda sudah menjadi rm 100.00 perniagaan dan pelaburan apa yang BESAR % macam tu. ASB pun 8 % je setahun.
Pelaburan sedekah takkan kurang sedikit pun, jadinya, kalau kita keluarkan duit untuk sedekah, maka kita bersiap sedia tunggu gandaa allah. Bukanlah cakap sedekah sekadar kesannya untuk nilai duit. tetapi ini tidak lain hanya untuk MENAMBAHKAN KEYAKINAN.
hari ini hari ke 10 puasa. Aku dah start sedekah istiqomah dan compounding, iaitu gandaan rm 20.00.
- HARI PERTAMA RM 20.00
- HARI KEDUA RM 40.00
- HARI KETIGA RM 60.00
- dan seterusnya, sehingga hari ini ALHAMDULILLAH dah sedekah RM 140.00
TERNYATA pada hari ke 8 ramadan, kedai buku aku dapat projek RM 4350.00 LUMAYAN KAN, TAPI BERSIH KEUNTUNGAN RM 1300.00
Gandaan sedekah insyallah tak tepat pada kiraan aku tapi allah lebih tahu berapa nak bagi. So aku kira dalam 33.34% @ 66.66 % dari modal yang dikeluarkan ialah RM 420.00
Allah gandakan menjadi RM 1300.00 SEBELUM SEBELUM INI, TAK PERNAH dapat projek sebesar ini. DAN PALING BEST, DALAM MASA KURANG 1 MINGGU JE. SUBHANALLAH..
Jika nak amalkan NIAT KENA BETUL, KALAU SEKADAR HARAP GANDAAN, MEMANG DAPAT GANDAAN SEDEKAH, TETAPI kat akhirat tak dapat apa-apa jadi rugi lah kan,,
Insyallah.. untuk hari ini. sebagai permulaan diari aku.. perubahan bermula dari dalam diri sendiri..
Wallahualam,
No comments:
Post a Comment